Iftar Rumah Bersama Anak Yatim Baitul Fitrah 2010



Tempat:Teratak Hijjaz
Tarikh :25 Ogos 2010
Masa:6.30 petang hingga 11.00 malam
Tema:Melayu Tradisional

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member silat cekak.Buat pertama kali,Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya telah mengadakan progam iaitu IFTAR iaitu berbuka puasa bersama-sama anak yatim.Ini adalah julung-julung kali diadakan kerana berbeza tahun-tahun sebelum ini.Progam Iftar ini bertujuan bukan lah sekadar hanya berbuka puasa tetapi ia juga dapat melahirkan rasa kasih sayang di kalangan kami semua lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai ayah dan ibu.Disamping itu juga,ia juga banyak menyedarkan kami betapa penting kita sebagai seorang anak menghormati ayah dan ibu.Bersesuaian dengan pantang larang silat cekak,tidak boleh derhaka kepada ibu dan bapa.

Pada permulaan progam ini,kami ditugaskan untuk mengambil anak-anak yatim di Rumah Baitul Fitrah.Antara member kami yang terlibat dalam menguruskan untuk mengambil anak -anak yatim ini ialah Aris,Paan,Mas dan Syera.

di rumah anak yatim Baitul Fitrah


Sesampai sahaja di Teratak Hijjaz,majlis terus dimulakan.Siddiq dan Munzir selaku MC pada majlis IFTAR itu menjalankan peranan mereka bagi menguruskan majlis ini,Majlis permulaan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh YDP PSSCUHMMU Yasran.Sesudah itu pula ucapan dari Direktor Progam ini,Amira dan kemudian wakil dari Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah.Majlis kami agak ringkas untuk permulaan.Agak sedikit kelam kabut majlis ini namun ia tetap berjalan lancar.Maklum lah,ini pertama kali diadakan.Namun begitu ia tetap mendapat sambutan daripada anak-anak kecil dan juga ibu-ibu tunggal. Itu cukup bermakna buat kami semua.

Amira selaku direktor IFTAR
berbuka puasa

ucapan oleh direktor,

ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim


juga bersama ibu tunggal


Kami juga menyediakan cenderahati kepada wakil rumah anak yatim ini sebagai tanda kenangan PSSCUHMMU dan Rumah anak yatim BAitul Fitrah.



cenderahati yg disampaikan

terima kasih kpd Fath atas usaha
design anda


Dalam menanti waktu berbuka,kami sempat bermesra bersama-sama anak-anak kecil ini.Pelbagai ragam anak-anak kecik yang dapat kami lihat.Suasana pada majlis itu dikatakan ceria kerana anak-anak kecil ini lah yang meriuhkan suasana.Ada yang diam,ada yang ligat,ada yang manja.
meh2 lukis.....nak pensil,marker pen,..
-suasana ceria anak-anak kecil ini-

faiz berbual mesra ngan anak-anak ini.
cam YB pun ada.

Setelah itu kami berkumpul di tapak teratak hijjaz bagi bersedia untuk berbuka puasa.Agak beberapa minit kemudia,azan berkumandang.Azan telah diazankan oleh Megat Marwan .Kami memulakan hidangan dengan kurma dan sedikit kuih muih.



megat selaku bilal utk mengazankan
waktu maghrib


Kami bersolat jemaah maghrib bersama-sama di imamkan oleh Faiz.Dan sesudah menunaikan solat maghrib,kami terus pergi ke medan selera bagi mensantap hidangan buat kali ke 2.



VIP


ala..manjanya sofe ngan ain....



jemput2 makan
menikmati santapan..nyum2

munzir tu x nyempat tuh...


hafiz yg begitu mesra melayan budak2 nih

fath ada gaya seperti ibu

senyum....


Kami juga menyediakan cenderahati kepada anak-anak ini.Ia sebagai 1 penghargaan yang terbesar kami kepada mereka.


beratur2..nak amik hadiah ni...

mesra betul hafiz...

seronok diorg nk dpt hadiah..

baiknye nadia nih...


cam anak ak lak-YDP-


ewah2..tngh gosip ape lah fitrah dan sofea nih


Kami juga sempat meluangkan masa bersama anak-anak ini.Cukup lucu melihat teleteh-teleteh anak-anak kecil ini.Ada di kalangan kami suka menyakat anak-anak kecil ini.Bagi kami tidak meriah lah progam IFTAR ini jika tiada mereka,


siddiq dan megat melayan mereka bermain
microfon

wah sofea...suke die dpt microfon

senyum sampai ke telinga adik kita nih


Setelah 30 minit,Bas sudah tiba bagi mengambil pulang anak-anak ini ke Rumah.Terasa sekejap sahaja bersama mereka,dan kalau diberi peluang,mahu saja kami lebih lama bersama mereka.Namun masa tidak mengizinkan kami dan mereka juga terpaksa pulang kerana anak-anak akan bersekolah esok paginya.Agak sedih berbaur gembira namun itu lah hakikatnya,Bertemu dan berpisah memang adat manusia.


.Kami semua mengiringi anak-anak ini hingga ke dalam bas.Insya allah,jika Allah memberi kesempatan kepada kami untuk berjumpa dengan mereka,kami akan berjumpa,Apa-apa pun kami puas kerana majlis ini tetap berjalan dengan lancar.Walaupun penat,namun kepenatan itu kurang dirasai dek keceriaan anak-anak ini memeriahkan majlis ini.Semoga berjumpa di progam seperti ini pada waktu yang akan datang,
mengiringi mereka hingga ke bas

sempat lagi tuh..hahah

selamat tinggal....


1 Response
  1. Anonymous Says:

    ala..mesranya ain layan anak2 yatim tu..berjiwa rakyat..tahniah ain..


  • DeMi MaSa

    PeSAn GuRu

    "Sains dan Teknologi boleh belajar di mana-mana, KEBUDAYAAN tetap hak milik kita.."


    "Hendaklah kita Sidiq bercakap, Sidiq perbuatan & Sidiq Iktikad.."


    "Buatlah ibadat sebenar ibadat, jangan jadikan sebagai adat.."


    "Ramai manusia beribadat kerana sesuatu(syurga), sedikit sangat kerana Allah.."


    "Ikhlas adalah rahsia segala rahsia.."


    "Ramai orang mudah meminta maaf, tidak ramai orang boleh memberi maaf.."

    "Kita boleh sedih dan kecewa tetapi jangan PUTUS ASA kerana orang MUKMIN tidak boleh putus asa.."


    "Sebaik-baik manusia adalah orang yang boleh memberi manafaat kepada orang lain.."

    AkAn DaTaNg

    ICE BREAKING 2011
    Tarikh : 7/7/2011
    Tempat : HB 2 BADMINTON COURT


    TAHUN 2015

    SASARAN Demo 50000 pesilat selaras dengan kehendak YM Tuan Sheikh Md Radzi bin Hj. Hanafi Al-Qadhi.Insya Allah


    ComMiTteE

    Yang Di-Pertua
    Ahmad Farhan Amran
    (vizard7088@yahoo.com)

    Naib Yang Di-Pertua 1
    Muhammad Siddiq Harisfadzilah
    (siddiq_haris@yahoo.com)

    Naib Yang Di-Pertua 2
    Siti Fathanah Kamel Muhizam
    (furiouscar1905@yahoo.com)

    Setiausaha Kehormat
    Nur Ain Khairul Izam
    (Norain.khairulizam@yahoo.com)

    Setiausaha Kerja
    ...

    Bendahari
    Husna

    Biro Perhubungan dan Seranta
    Aris Suffian Mohamad Nerus
    (aris.suffian@yahoo.com)

    Biro Demo dan Latihan
    Hanif

    Biro Sumber Manusia
    Nursyahirah Abdul Jalil
    (syahirah_abduljalil@yahoo.com)

    Biro Teknologi Maklumat
    Ahmad Taufik Yahaya
    (topek36@yahoo.com)

    Biro Keagamaan dan Sosial

    Megat Marwan Megat Muzafar
    (gunlock11@yahoo.com)

    Biro Srikandi
    Shira mat

    Biro Publisiti dan Pemasaran
    ...

    Biro Pameran dan Dokumentasi
    ...

    Biro Sukan
    ...

    Biro Audio Visual
    ...

    Biro Pendidikan
    ...

    Biro Kewangan dan Ekonomi
    ...


    BiLeR??

    MaRi MenCaBaR DiRi SeNDiri