ICE BREAKING SILAT CEKAK 2010
Tempat: FCM
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan,Silat bukan sekadar bersilat,ada masa kita serius,ada masa kita berduka,ada masa pula kita bergembira...itu lah liku-liku kehidupan dalam famili mmu silat cekak
Baru-baru ini Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU telah mengadakan ice breaking bagi menyambut pelajar-pelajar baru(freshie).Memang menyeronokkan progam ini dan agak berlainan kerana progam ini telah disertai oleh beberapa orang foreigner.Emmm..nmpk nya kita orang yang bertugas sebagai Faci ni terpaksalah speaking gak nmpknya,Namun begitu,progam itu tetap memberikan keceriaan kepada Persatuan kerana progam ini kemungkinan ia memberi impak baru yang akan datang.
Banyak progam yang menarik antaranya progam yg kami buat bagi menceriakan suasana ialah power up, apa kata adik,jangan pandang belakang,telefon karat,dan pelbagai lagi progam yang menarik.Selain itu BBQ juga disediakan

Adika selaku dirrector ice breaking 2010
siddiq2..gaya seperti gitu2 apek...-game power up-

gelojoh,,,mulut penuh roti nk ckp..
.-game apa kata adik-

BBQ..emmm..nyum2..sedap..

amirul muka x puas hati...
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Hicom Silat Cekak bagi menjadikan semua ahli tidak segan untuk bersuara di khalayak ramai. Ternyata semua member-member baru ini amatlah sporting dan begitu mudah untuk didekati. Gelak ketawa masing-masing menggamitkan keadaan dan disiplin mereka amat baik ketika program dijalankan. Makanan juga disediakan dan bagi member yang masih diperingkat asas, makanan diberi secara free kepada mereka. Tahniah diucapkan kepada Director program,Adika dan rakan-rakan yang turut sama berganding bahu bagi memastikan program ini berjalan mengikut objektif yang telah ditetapkan.

gaya YDP kita makan...pelahap betul

emm...paan kusyuk menelaah...

makan2..jemput2,,,

mcm nk gaduh ja depa nih...ejal kt belakang
bagaikan penyamun mencuri makanan

mcm sodap ja air nih..

suasana ceria famili silat cekak
Semoga program-program yang dirangka pada masa hadapan akan dapat dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli tidak kira yang masih asas mahupun yang telah alumni. Tetapi jangan kita lupa bahawa produk yang dibawa oleh persatuan ini adalah silat dan jangan kita sesekali melupakan tujuan asal penubuhan persatuan ini. Berusahalah bersungguh-sungguh dan bergantung hatilah kita kepada Allah. Dalam kita girang bergelak ketawa jangan kita lupa pada perjuangan. Mari kita bangkit sahabat-sahabat ku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


ade gmba yg ori x? aku nk leh?