Tarikh : 24 Februari 2010
Tempat : Surau Al-Hidayah, MMU Cyberjaya.
Penyertaan: 60 orang
Alhamdulillah akhirnya segala yang telah diusahakan sudah sampai ke kemuncaknya. Majlis Ijazah adalah kemuncak kepada semua usaha-usaha mempromosikan Silat Cekak Hanafi. Majlis Ijazah dapat diertikan sebagai majlis suai kenal pesilat baru untuk mengenali lebih dekat dengan Guru Utama Silat Cekak ini. Mana-mana ahli yang telah berdaftar tetapi tidak dapat hadir ke Majlis Ijazah diminta untuk menunggu Majlis Ijazah yang akan datang untuk mereka mempelajari Silat Cekak ini. Memang tidak dapat dinafikan setiap sesuatu yang dijalankan pasti ada rintangannya yang tersendiri dan masalah-masalah inilah yang mendewasakan kami untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada.
Majlis ini telah dihadiri oleh ahli asas, potong dan tamat serta alumni dan turut dijayakan oleh beberapa lagi ahli dari luar iaitu dari UITM Alamanda dan Pusat Latihan Serdang. Majlis berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya kami mempunyai masalah bayaran ijazah, namun berkat usaha dan doa dari sahabat-sahabat kami berjaya melaksanakan majlis ini dengan jayanya. Kehadiran dari sahabat-sahabat yang begitu ramai menambahkan lagi seri pada majlis malam tersebut.
Majlis bermula selepas solat Isyak, kami bergotong-royong menyiapkan segala peralatan yang diperlukan untuk Majlis Ijazah. Makanan peserta & VIP telah ditempah di Food Court HB2 iaitu Kedai Makcik Kelantan. Ketibaan YM Tuan Guru Md Radzi telah disambut dengan meriah oleh para pelajar dan Alumni MMU. Seramai 16 orang ahli asas, 14 orang ahli jatuh, dan 7 orang ahli tamat berjaya diijazahkan. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada ahli-ahli yang berjaya diijazahkan. Kepada semua ahli yang menghadiri Majlis Ijazah ini diucapkan ribuan terima kasih kerana berkerjasama melancarkan Majlis Ijazah dan semoga anda semua dapat meneruskan perjuangan silat yang murni ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

rindunyer waktu itu.....
Saya ada kemusykilan kat sini. Boleh ke wanita salam ustaz although ada kain untuk lapisan ?????? *confusing~