Tarikh: 29 October 2009
Masa: 9.00 pm
Tempat: CR3045
Satu perjumpaan dengan member-member asas telah dijalankan bagi merapatkan lagi hubungan antara pihak hicom dengan ahli-ahli yang masih di peringkat asas. Program telah dimulakan dengan melantik 4 orang ahli jawatankuasa persatuan yang baru bagi mengisi kekosongan jawatan iaitu Biro Sumber Manusia (Ain), Biro Kewangan (Syahirah), Biro Srikandi (Syirah) dan Biro Publisiti dan Pemasaran (Syam). Majlis kemudiannya diteruskan dengan aktiviti debat antara group yang mana dua group telah dibentuk bagi memikirkan beberapa persoalan bagi menghadapi sesi pengambilan ahli sem-2 ini. Pelbagai ilmu yang berjaya dikongsi bersama di dalam program tersebut dan harapnya dapat menambahkan lagi kefahaman kita dalam mempelajari Seni Silat ini.
Majlis diteruskan dengan pembentangan program-program persatuan yang akan datang iaitu program camping, Futsal Cekak dan pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang sem ini. Kelas yang akan dibooking bagi tujuan ahli menimba ilmu diharap dapat digunakan sebaiknya untuk tujuan akademik. Diharap pada sem ini, ahli-ahli semua akan lebih berjaya bukan dari segi persilatan, malah dari segi pelajaran. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli yang berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan. Kekalkan usaha anda. InsyaAllah akan beroleh kejayaan.
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
