Tarikh: 13 - 16 Ogos 2009
Tempat: Kuching, Sarawak
Bil. Peserta: 13 Orang
13 Ogos 2009
Kami telah bertolak ke LCCT dengan diiringi oleh Penasihat Silat Cekak MMU iaitu Ustaz Hazamzaem dengan menaiki bas rasmi MMU. Sebagai semangat awal buat kami, Ustaz Hazam telah mengorbankan wangnyer dengan membelanja kami makan di McD LCCT. Terima kasih kami ucapkan. Mungkin satu pengalaman baru buat sesetengah daripada kami kerana baru pertama kali diberi peluang untuk menaiki kapal terbang. Jelas keterujaan di raut wajah masing-masing. Ada juga antara kami yang telah dimarah oleh kakitangan Air Asia kerana mengambil gambar bersama kapal terbang. Tetapi maklumlah yang kekadang perkara yang tak dibenarkan inilah yang selalu kita suka lakukan. Setelah perjalanan di dalam kapal terbang selama 1 jam 40 minit, akhirnya kami sampai dan disambut mesra oleh barisan komiti dan salah seorang daripadanya adalah pesilat wanita terbaik. Ada antara kami yang terpaksa bertolak lambat akibat flight delay dan buat pengetahuan semua mereka terpaksa menunggu selama lebih kurang 8 jam sebelum flight bertolak ke Sarawak.
Hindari H1N1
Best woo Ustaz banjer
Bergambar bersama Ustaz Hazam
Name tag kami
Faiz dan Danial yang girang
Kami berdua pon nak bergambar gak
Dah macam misi keselamatan daa
Air Asia
Dalam flight
Permandangan dari atas flight
Kedatangan kami disambut dengan banner yang lawa

Penginapan kami pada malam tersebut adalah di Bangunan CIDB, Kuching. Malam tersebut kami isi dengan perjalanan malam sekitar bangunan CIDB tersebut dan setelah penat, kami berehat di warung yang disediakan 24 jam di sana. Kat sini kami dengar cerita yang sebenarnyer bangunan nie sebelumnya dihuni oleh pelajar ITM dan kemudiannya dibiarkan sunyi selama 7 tahun dan kemudiannya barulah pihak CIDB mengambil alih. Agak seram juga apabila teringat perkara ini namun apabila terlihat kelibat Lan yang nyenyak tidur selama hampir 24 jam tanpa ada gangguan sedikit sebanyak meningkatkan semangat kami. Tetapi sebenarnya ada juga cerita-cerita pelik yang berjaya dikumpul namun tidak kami ketahui kesahihannya.
14 Ogos 2009
Kesangapannya terasa apabila kami tidak dapat berbuat apa-apa pada hari tersebut kerana masalah pengangkutan dan lokasi penginapan yang agak jauh dengan bandar. Abang-abang alumni beserta Ezwan dan Fiena telah berjaya mencari port yang boleh membantu mereka untuk memecah kesunyian mereka di sana. Ada seorang member cekak di sana telah membawa mereka berjalan-jalan sekitar Kuching siap bagi keterangan setiap tempat lagi.
Di blakang Kuching Waterfront Bazaar
Napie dah macam pahlawan Iban
Dalam bot untuk ke seberang sungai
Nie lar yang ade kat seberang sungai tue..kedai kek lapis
Selamat datang ke Sarawak..nie sume model-model Sarawak
Bukan men sronok lagi derang nie men muzik sampai lupe org di ostel CIDB yg ditinggalkan
Tetapi lain pula terjadinya kepada peserta yang ditinggalkan. Berbekalkan duit lebih yang dibawa,"Pizza Hut" delivery siap, menjadi santapan tengahari mereka. Akibat perut masing-masing sebesar tong air, maka tak sampai 2 minit semua makan lesap begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang sisa. Selamatlah kotak-kotak tue tak abes skali dimakan.
Alhamdulillah..dapat gak kitorang nie menjamah
Padan muke derang tinggalkan ktrg, jgn bg derang sedikit sisa pon..haha
Kumpulan yang baru sahaja sampai
Sebelah malamnya pula diadakan Program Tahlil Arwah Ustaz Hanafi di Dewan CIDB dan kedatangan ahli yang begitu ramai memenuhkan lagi kepadatan dewan tersebut. Program ini memang meriah dan ramai kenalan yang kami jumpa di sini. Kehadiran YM Tuan Guru juga menambahkan lagi seri pada majlis malam tersebut.
Yang hadir di Majlis Tahlil Perdana
Kontigen MMU bersama Abg Amin dan Ustaz Hazam
Nie sesi baca tahlil ke, sesi bergambar nie?
Setelah selesai, kami bersama-sama rakan alumni yang lain telah mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Biro Wanita kerana mereka ada training demo pembukaan pada keesokan harinya. Perjalanan ke Biro Wanita memang jauh ditambah pula dengan keadaan sekitar yang gelap gulita dan syukur kerana kami masih lagi nampak Bern. Tujuan kami ke sana pula adalah bagi melihat keadaan dewan pertandingan. Maklumlar nak jadi kontigen terbaik keesokkannya namun bukan itu sahaja yang kami dapat, malah kami juga berjaya mencurahkan tenaga bagi membantu sahabat kami di sana dengan menyusun kerusi dan meja yang terdapat dalam dewan tersebut. Rasa kesian juga di hati apabila melihat rakan-rakan Alumni yang terpaksa training hingga pukul 2 pagi bagi menjayakan demo pembukaan.
Papan sekeping yang besar tp tinggi giler
Alumni penat-penat trening kat luar, ktrg sonok2 amek gamba kat luar nie..training?? per tue??..haha
Alala..manjanyer..sampai tido2 derang trening..
15 Ogos 2009
Pagi itu seawal 5 pagi kot kami telah bersiap-siap bangun untuk bersedia bagi pertandingan. Rasa cuak, seram, bersemangat semuanya bercampur-baur dan kedatangan kami di sini di harap dapat membuat demo yang terbaik selari dengan usaha kami sebelum-sebelum ini. Sweater MMU kami sarung untuk kami bawa bagi mengharungi liku-liku yang penuh cabaran ini. Pagi itu kami diminta untuk memperbetulkan niat kami untuk bertanding ini iaitu untuk membantu di dalam perjuangan Silat Cekak itu sendiri dan menunjukkan bahawa Silat Cekak ini masih relevan dengan zaman sekarang.
Pepagi lagi dah bergambar
Dengan pengurus pasukan di depan ostel ktrg
Bersama Alumni yang banyak berjasa
Model tuk MMU CJ
Bergaya bersama Ustaz Hazam
Adika watpe tue kat blakang?
Suasana dalam dewan..kat Sarawak pun masih lg ramai
Faiz si pembaca doa
Ucapan Abg Mad
Ahli Keluarga YM Tuan Guru berbaju korporat
VVIP
Akhirnya kami dapat melihat sendiri demo pembukaan yang telah dipersembahkan secara live oleh abang-abang alumni dan ibu pejabat serta ada rakan-rakan dari universiti lain. Memang menakjubkan dan berbaloilah dengan apa yang telah mereka latih selama berbulan-bulan itu.

Demo Pembukaan
Lading..
Abang Arip dengan gaya cemasnya
Memang salah MMU tak bagi bendera U..sweater pon bole jadi bendera
Pertandingan pun bermula dan setiap kontigen menunjukkan persembahan mantap masing-masing. Memang tidak dapat diduga bahawa setiap daripada barisan pendemo yang mewakili Universiti masing-masing menghantar otai-otai demo mereka dan satu cabaran yang getir bagi kami untuk bersaing. Alhamdulillah peserta dari MMU berjaya menunjukkan satu persembahan yang mantap dan ada antara kami yang mendapat pingat iaitu dari kategori umum senjata kreatif lelaki dan sepasang pisau wanita. Mungkin tahun ini kami kurang menyengat dari tahun-tahun sebelumnya namun apa yang kami harapkan adalah pada tahun hadapan kami lebih menyerlah lagi dengan kehadiran pelapis-pelapis yang berwibawa.
Isyarat bagus dari Abang Amin
Dalam dewan yang gamat

Silver - Umum Senjata Kreatif

Bronze - Sepasang Pisau

UPSI - Emas 5 Serang 1

INTEC - Emas Papan Sekeping

UTEM - Emas Umum Tangan Kosong Kreatif
Para Alumni yang turut menjayakan program..aik..mane sesatnyer Topek tue
Amni hero sepasang pisau..muke ceria cam dh tau dirinya akan dpt pingat
Abg Arip: mende pe lar yg die wat nie?
Cameraman
Pentas nie ktrg yg punyeee
Gaya tersendiri
Gambar ngn juri, Abg Arip
Musim Luruh kat Sarawak..Tgh jln2 Topek sempat wat amal jariah
Malam tersebut diadakan satu Majlis Makan Malam Nostalgia 10 Tahun Silat Cekak di Sarawak yang dilangsungkan di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Makan malam tersebut dimeriahkan lagi dengan demo dari pemenang-pemenang pada sebelah siangnye dibantu oleh kehadiran otai-otai demo, tarian-tarian dari adik-adik yang masih di bangku persekolahan, nyanyian mantap oleh artis serta penyampaian hadiah kepada juara keseluruhan bagi Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi Peringkat IPT/Sekolah. Tetamu yang datang pada malam tersebut sekitar 800 orang dan acara yang ditunggu-tunggu adalah ucapan dari YM Tuan Guru yang banyak menyampaikan tunjuk ajar dan dorongan kepada kami. Setelah selesai sahaja majlis, sesi bergambar dijalankan. Tahu sahajalah ragam member-member MMU yang sangat suka untuk bergambar. Riuh satu hotel.
Majlis Makan Malam Nostalgia
Kat tangga pon jadik
Memalam baru lar nk tunjuk gaya memasing..time pg taknak lak tunjuk belang
Time dinner..masing-masing tak sabar nk makan
Ceria lar skit muke tue YB..masam jer
Cenderamata yang diberi
Menu makan malam
Makanan yang menyelerakan
Bergambar bersama YM Tuan Guru
Peserta wanita
Usha dak pompuan amek gambar..kantoi lak
16 Ogos 2009
Banyak tempat-tempat yang menarik yang berjaya kami lawat pada hari ini. Munjurlah ada bas yang disediakan untuk kami berjalan-jalan sekitar Kuching. Barang-barang tempatan yang murah membawa kami tidak cukup tangan untuk memegang barang yang kami bawa bersama. Kek lapis tentunya menjadi juadah utama yang akan kami beli dan kami diberi peluang sendiri untuk melawat kilang pembuatan kek lapis. Tak sah kalau ke Sarawak tanpa membawa Terubuk masin bersama. Juadah ini enak digoreng begitu sahaja. Selain gerai-gerai kraftangan, kami juga ada melawat Muzium-muzium yang terdapat sekitar Kuching. Perjalanan selama 7 jam ini bagaikan 7 minit sahaja jarak masanya. Kami juga berpengalaman menaiki bot yang berharga 50 sen bagi menyeberang sungai untuk ke kilang kek lapis. Jam menandakan pukul 4 petang dan kami bersiap-siap untuk berangkat ke kediaman untuk packing barang untuk dibawa pulang ke MMU kembali. Pengalaman manis yang kami tempuhi sepanjang hari di Sarawak ini akan kami abadikan dalam diari hidup kami.
Kat kilang wat kek lapis Sarawak..tak sabar Paan nk ngambiknyer
Cara membuat kek lapis..Melal dan Kak Mar, nnt jgn lupe watkan tuk ktrg time balek semenanjung
Group yang bagun lambat
Sampan tuk ke seberang
Rompin: haa..duk sbelah sape tue haa??
Wah, nie lawatan sambil belajar nie..
Kami ingin terbang
Masing-masing muke nk makan orang
Brahim: eh, canne ko wat tu Bern??
Singgah makan lu kat gerai
Kat foodcourt Sarawak nie pon leh bincang pasal persatuan
Aper kelas makan kat gerai, ktrg makan kat KFC tue..
Bujang senang
Kat pokok pun layan
Izmi: ko tgk lar perangai masing-masing nie..Tak tau dah camne nk ubah
Anak-anak merdeka
Polis eh..tolong datang cepat..bbdk MMU nie wat kacau lar kat sini
Izmi maen nyorok-nyorok lak die
Topek: nk idup api kene ade skill..takleh men redah jer
Paan: Mane apinyer?..abuk jer byk pek..
Orang kedua lepas Cik Apiz yg balek ke Semenanjung..tp ktrg takde lar rush gle cam Cik Apiz..haha
Edi: Napie, kusi nie lg empuk dr konyer kusi tue..meh lar tuko
Napie: ko igt aku tak tau helah ko..
Bergambar bersama banner
Joka: korang balek lar dlu, malam nie ktrg nk g memaku kat ostel
Sedih pulak kene tinggal nie kan..
Masih berjalan-jalan di hari Isnin
Rompin ada gaya kucing yg manja
Besarnyer kucing ko Apiz..kapel ek derang dua nie??
Gaya macho ek memasing
Joka lar yang paling jiwang skali kat sini
Tahniah kami ucapkan kepada penganjur Wajadiri Sarawak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini walau kami sendiri tahu bahawa penganjuran wajadiri kali ini amat mencabar akibat halangan-halangan yang ditempuhi. Namun apa yang kami nampak, semuanya berjalan mengikut apa yang kami harapkan. Semoga wajadiri pada masa akan datang yang akan dijalankan di Kedah lebih baik lagi dan kami amat mengharapkan agar pelapis-pelapis Silat Cekak Cyber akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kita sama-sama rebut kejuaraan pada masa akan datang tetapi jangan kita lupa tujuan utama penganjuran program ini adalah bukan untuk menunjuk siapa hebat tetapi sebenarnya kita membantu perjuangan Silat Cekak ini kerana walau kita menang atau kita kalah, kita tetap Silat Cekak Ustaz Hanafi dan kita berada di bawah satu panji yang sama. Tahniah MMU Cyber. Walaupun hanya 2 pingat sahaja yang berjaya di kumpul namun usaha kita ke sana menunjukkan kemenangan kita semua.
Tempat: Kuching, Sarawak
Bil. Peserta: 13 Orang
13 Ogos 2009
Kami telah bertolak ke LCCT dengan diiringi oleh Penasihat Silat Cekak MMU iaitu Ustaz Hazamzaem dengan menaiki bas rasmi MMU. Sebagai semangat awal buat kami, Ustaz Hazam telah mengorbankan wangnyer dengan membelanja kami makan di McD LCCT. Terima kasih kami ucapkan. Mungkin satu pengalaman baru buat sesetengah daripada kami kerana baru pertama kali diberi peluang untuk menaiki kapal terbang. Jelas keterujaan di raut wajah masing-masing. Ada juga antara kami yang telah dimarah oleh kakitangan Air Asia kerana mengambil gambar bersama kapal terbang. Tetapi maklumlah yang kekadang perkara yang tak dibenarkan inilah yang selalu kita suka lakukan. Setelah perjalanan di dalam kapal terbang selama 1 jam 40 minit, akhirnya kami sampai dan disambut mesra oleh barisan komiti dan salah seorang daripadanya adalah pesilat wanita terbaik. Ada antara kami yang terpaksa bertolak lambat akibat flight delay dan buat pengetahuan semua mereka terpaksa menunggu selama lebih kurang 8 jam sebelum flight bertolak ke Sarawak.
Bergambar bersama Ustaz Hazam
Faiz dan Danial yang girang
Kami berdua pon nak bergambar gakPenginapan kami pada malam tersebut adalah di Bangunan CIDB, Kuching. Malam tersebut kami isi dengan perjalanan malam sekitar bangunan CIDB tersebut dan setelah penat, kami berehat di warung yang disediakan 24 jam di sana. Kat sini kami dengar cerita yang sebenarnyer bangunan nie sebelumnya dihuni oleh pelajar ITM dan kemudiannya dibiarkan sunyi selama 7 tahun dan kemudiannya barulah pihak CIDB mengambil alih. Agak seram juga apabila teringat perkara ini namun apabila terlihat kelibat Lan yang nyenyak tidur selama hampir 24 jam tanpa ada gangguan sedikit sebanyak meningkatkan semangat kami. Tetapi sebenarnya ada juga cerita-cerita pelik yang berjaya dikumpul namun tidak kami ketahui kesahihannya.
14 Ogos 2009
Kesangapannya terasa apabila kami tidak dapat berbuat apa-apa pada hari tersebut kerana masalah pengangkutan dan lokasi penginapan yang agak jauh dengan bandar. Abang-abang alumni beserta Ezwan dan Fiena telah berjaya mencari port yang boleh membantu mereka untuk memecah kesunyian mereka di sana. Ada seorang member cekak di sana telah membawa mereka berjalan-jalan sekitar Kuching siap bagi keterangan setiap tempat lagi.
Di blakang Kuching Waterfront Bazaar
Napie dah macam pahlawan Iban
Dalam bot untuk ke seberang sungai
Nie lar yang ade kat seberang sungai tue..kedai kek lapis
Selamat datang ke Sarawak..nie sume model-model Sarawak
Bukan men sronok lagi derang nie men muzik sampai lupe org di ostel CIDB yg ditinggalkanTetapi lain pula terjadinya kepada peserta yang ditinggalkan. Berbekalkan duit lebih yang dibawa,"Pizza Hut" delivery siap, menjadi santapan tengahari mereka. Akibat perut masing-masing sebesar tong air, maka tak sampai 2 minit semua makan lesap begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang sisa. Selamatlah kotak-kotak tue tak abes skali dimakan.
Alhamdulillah..dapat gak kitorang nie menjamahSebelah malamnya pula diadakan Program Tahlil Arwah Ustaz Hanafi di Dewan CIDB dan kedatangan ahli yang begitu ramai memenuhkan lagi kepadatan dewan tersebut. Program ini memang meriah dan ramai kenalan yang kami jumpa di sini. Kehadiran YM Tuan Guru juga menambahkan lagi seri pada majlis malam tersebut.
Yang hadir di Majlis Tahlil Perdana
Nie sesi baca tahlil ke, sesi bergambar nie?Setelah selesai, kami bersama-sama rakan alumni yang lain telah mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Biro Wanita kerana mereka ada training demo pembukaan pada keesokan harinya. Perjalanan ke Biro Wanita memang jauh ditambah pula dengan keadaan sekitar yang gelap gulita dan syukur kerana kami masih lagi nampak Bern. Tujuan kami ke sana pula adalah bagi melihat keadaan dewan pertandingan. Maklumlar nak jadi kontigen terbaik keesokkannya namun bukan itu sahaja yang kami dapat, malah kami juga berjaya mencurahkan tenaga bagi membantu sahabat kami di sana dengan menyusun kerusi dan meja yang terdapat dalam dewan tersebut. Rasa kesian juga di hati apabila melihat rakan-rakan Alumni yang terpaksa training hingga pukul 2 pagi bagi menjayakan demo pembukaan.
15 Ogos 2009
Pagi itu seawal 5 pagi kot kami telah bersiap-siap bangun untuk bersedia bagi pertandingan. Rasa cuak, seram, bersemangat semuanya bercampur-baur dan kedatangan kami di sini di harap dapat membuat demo yang terbaik selari dengan usaha kami sebelum-sebelum ini. Sweater MMU kami sarung untuk kami bawa bagi mengharungi liku-liku yang penuh cabaran ini. Pagi itu kami diminta untuk memperbetulkan niat kami untuk bertanding ini iaitu untuk membantu di dalam perjuangan Silat Cekak itu sendiri dan menunjukkan bahawa Silat Cekak ini masih relevan dengan zaman sekarang.
Pepagi lagi dah bergambar
Suasana dalam dewan..kat Sarawak pun masih lg ramaiAkhirnya kami dapat melihat sendiri demo pembukaan yang telah dipersembahkan secara live oleh abang-abang alumni dan ibu pejabat serta ada rakan-rakan dari universiti lain. Memang menakjubkan dan berbaloilah dengan apa yang telah mereka latih selama berbulan-bulan itu.
Demo Pembukaan
Pertandingan pun bermula dan setiap kontigen menunjukkan persembahan mantap masing-masing. Memang tidak dapat diduga bahawa setiap daripada barisan pendemo yang mewakili Universiti masing-masing menghantar otai-otai demo mereka dan satu cabaran yang getir bagi kami untuk bersaing. Alhamdulillah peserta dari MMU berjaya menunjukkan satu persembahan yang mantap dan ada antara kami yang mendapat pingat iaitu dari kategori umum senjata kreatif lelaki dan sepasang pisau wanita. Mungkin tahun ini kami kurang menyengat dari tahun-tahun sebelumnya namun apa yang kami harapkan adalah pada tahun hadapan kami lebih menyerlah lagi dengan kehadiran pelapis-pelapis yang berwibawa.
Dalam dewan yang gamatSilver - Umum Senjata Kreatif
Bronze - Sepasang Pisau
UPSI - Emas 5 Serang 1
INTEC - Emas Papan Sekeping
UTEM - Emas Umum Tangan Kosong Kreatif
Gaya tersendiriMalam tersebut diadakan satu Majlis Makan Malam Nostalgia 10 Tahun Silat Cekak di Sarawak yang dilangsungkan di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Makan malam tersebut dimeriahkan lagi dengan demo dari pemenang-pemenang pada sebelah siangnye dibantu oleh kehadiran otai-otai demo, tarian-tarian dari adik-adik yang masih di bangku persekolahan, nyanyian mantap oleh artis serta penyampaian hadiah kepada juara keseluruhan bagi Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi Peringkat IPT/Sekolah. Tetamu yang datang pada malam tersebut sekitar 800 orang dan acara yang ditunggu-tunggu adalah ucapan dari YM Tuan Guru yang banyak menyampaikan tunjuk ajar dan dorongan kepada kami. Setelah selesai sahaja majlis, sesi bergambar dijalankan. Tahu sahajalah ragam member-member MMU yang sangat suka untuk bergambar. Riuh satu hotel.
Memalam baru lar nk tunjuk gaya memasing..time pg taknak lak tunjuk belang
Ceria lar skit muke tue YB..masam jer
Peserta wanita16 Ogos 2009
Banyak tempat-tempat yang menarik yang berjaya kami lawat pada hari ini. Munjurlah ada bas yang disediakan untuk kami berjalan-jalan sekitar Kuching. Barang-barang tempatan yang murah membawa kami tidak cukup tangan untuk memegang barang yang kami bawa bersama. Kek lapis tentunya menjadi juadah utama yang akan kami beli dan kami diberi peluang sendiri untuk melawat kilang pembuatan kek lapis. Tak sah kalau ke Sarawak tanpa membawa Terubuk masin bersama. Juadah ini enak digoreng begitu sahaja. Selain gerai-gerai kraftangan, kami juga ada melawat Muzium-muzium yang terdapat sekitar Kuching. Perjalanan selama 7 jam ini bagaikan 7 minit sahaja jarak masanya. Kami juga berpengalaman menaiki bot yang berharga 50 sen bagi menyeberang sungai untuk ke kilang kek lapis. Jam menandakan pukul 4 petang dan kami bersiap-siap untuk berangkat ke kediaman untuk packing barang untuk dibawa pulang ke MMU kembali. Pengalaman manis yang kami tempuhi sepanjang hari di Sarawak ini akan kami abadikan dalam diari hidup kami.
Group yang bagun lambat
Wah, nie lawatan sambil belajar nie..
Aper kelas makan kat gerai, ktrg makan kat KFC tue..
Anak-anak merdekaPaan: Mane apinyer?..abuk jer byk pek..
Napie: ko igt aku tak tau helah ko..
Joka: korang balek lar dlu, malam nie ktrg nk g memaku kat ostel
Sedih pulak kene tinggal nie kan..
Masih berjalan-jalan di hari Isnin
Rompin ada gaya kucing yg manja
Besarnyer kucing ko Apiz..kapel ek derang dua nie??
Gaya macho ek memasing
Joka lar yang paling jiwang skali kat siniTahniah kami ucapkan kepada penganjur Wajadiri Sarawak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini walau kami sendiri tahu bahawa penganjuran wajadiri kali ini amat mencabar akibat halangan-halangan yang ditempuhi. Namun apa yang kami nampak, semuanya berjalan mengikut apa yang kami harapkan. Semoga wajadiri pada masa akan datang yang akan dijalankan di Kedah lebih baik lagi dan kami amat mengharapkan agar pelapis-pelapis Silat Cekak Cyber akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kita sama-sama rebut kejuaraan pada masa akan datang tetapi jangan kita lupa tujuan utama penganjuran program ini adalah bukan untuk menunjuk siapa hebat tetapi sebenarnya kita membantu perjuangan Silat Cekak ini kerana walau kita menang atau kita kalah, kita tetap Silat Cekak Ustaz Hanafi dan kita berada di bawah satu panji yang sama. Tahniah MMU Cyber. Walaupun hanya 2 pingat sahaja yang berjaya di kumpul namun usaha kita ke sana menunjukkan kemenangan kita semua.
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
