Tarikh: 9 Julai 2009
Tempat: BR1021
Sasaran: Pelajar yang baru berdaftar sebagai ahli
Seramai 27 orang pelajar yang baru berdaftar sebagai ahli telah sama menjayakan majlis penerangan yang disampaikan oleh Penyelia Silat Cekak MMU Cyberjaya.Melalui majlis penerangan yang dijalankan ini diharap kepada semua yang hadir akan mengambil ikhtibar dan berjaya menyedarkan mereka betapa pentingnya mempelajari seni mempertahankan diri yang asli ini. Silat Cekak ini merupakan seni mempertahankan diri yang mudah, ringkas dan efektif sesuai dengan zaman sekarang yang lebih mementingkan masa dan kualiti. Pergerakan yang berasaskan pergerakan semula jadi manusia amatlah bersesuaian untuk kehidupan kita seharian. Ditambah pula dengan pimpinan Guru Utama YM Hj Md Radzi bin Hj Hanafi sebenar-benar Guru InsyaAllah akan memudahkan kita mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat.
Mereka yang hadir
Penerangan telah diberikan oleh En. Aminuddin Dahlan selaku Penyelia Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya. Penerangan menarik yang disampaikan oleh Abg Amin sedikit sebanyak membuka minda hadirin yang dating untuk mendalami Silat Cekak ini. Silat Cekak ini memang sesuai untuk dipelajari oleh semua golongan dan peringkat umur. Pergerakannya yang walaupun ringkas namun dapat menumpaskan musuh yang jauh lebih besar dari kita. Tetapi diingatkan kepada semua yang hadir ke majlis penerangan ini agar membetulkan niat agar ilmu yang dipelajari benar-benar berguna untuk mempertahankan diri dan untuk meningkatkan jati diri.





