Tarikh: 13-14 Jun 2009
Tempat: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang
Sasaran: Hicom 2009/10
Program Hicom Binding yang diadakan ini adalah untuk merapatkan hubungan antara Hicom selain menyampaikan info-info yang lebih mendalam mengenai perjalanan persatuan serta memberi guideline kepada kami untuk mengendalikan persatuan dan program-program yang bakal dirangka. Kami sedar bahawa ramai antara Hicom pada kali ini merupakan mereka yang masih baru dalam Silat Cekak dan rata-rata mereka masih diperingkat potong. Namun usaha dan kerjasama yang diberikan amatlah baik sekali dan ini menandakan sikap ingin tahu dan semangat yang ada pada mereka mampu meningkatkan lagi mutu persatuan pada masa yang mendatang.
Para Alumni Silat Cekak dijemput untuk menjadi fasilitator pada hari tersebut dan modul-modul yang dirangka benar-benar mengancam jiwa dan raga kami namun hasil yang ingin dicapai adalah untuk kebaikan kami dan persatuan pada masa akan datang. Sebelum program bermula lagi kami telah menghadapi pelbagai masalah dengan ada antara Hicom yang tiba-tiba mengcancelkan nama kerana alasan yang tertentu, namun progam ini tetap berjalan sepertimana yang telah dirancangkan. Pada pagi sebelum berangkat juga satu lagi masalah timbul yang mana ada Hicom yang tidak dapat dihubungi walaupun sudah banyak panggilan dibuat dan ada juga Hicom yang baru memulakan perjalanannya dari Johor pada pagi tersebut.
Kami terpaksa bergerak lewat bagi menunggu Hicom yang tiba dari Johor tersebut dan bilik gerakan persatuan dijadikan tempat untuk mengumpulkan Hicom yang telah lama berkumpul sejak dari sebelum subuh lagi. Masing-masing yang nampak keletihan kerana baru tiba dari kampung halaman masing-masing, terbongkang tidur sebentar di bilik gerakan persatuan. Kami kemudiannya menghabiskan masa yang ada dengan bersarapan di kedai Mak Teh, Cyberjaya sementara menunggu Hicom yang lewat tersebut. Tetapi usaha yang ditunjukkan oleh Hicom yang lewat tersebut harus dipuji kerana walaupun berada jauh di Johor, namun masih tetap memberi kerjasama.
Seperti yang sudah dijangka, abang-abang fasi mengamuk atas kelewatan kami. Teguran pertama yang kami terima. Kemudiannya kami dibawa oleh fasi ke dewan dimana tempat tersebut merupakan tempat untuk kami berkumpul bagi menjalankan aktiviti indoor. LDK 1 diberi nama ‘Satukan Kami’, di sini kami diminta memperkenalkan nama dan kami dipecahkan mengikut group masing-masing tanpa mengunakan suara. Susah juga bila tiada suara ni. Kami diminta membuat panji dan logo kumpulan masing-masing dan menjadi satu keraguan dan kemarahan dalam diri kami apabila logo yang kami buat dikoyak-koyakkan oleh fasi dan kami diminta untuk menyampaikan mesej yang tersirat dalam logo berkenaan. Perkara ini menunjukkan bahawa bagaimana kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pemimpin agung, Ustaz Hanafi dan En.Md Radzi dalam mengembangkan Silat Cekak ini kepada anak-anak bangsa kita.
padan muke, lambat lagi
Khusyuk betul Ali menulis
petah sungguh Apiz becakap
Pelbagai lagi modul dan LDK yang mencabar yang telah kami lalui sepanjang hari tersebut dan antara LDK yang menarik adalah ‘Hand Saw’ dan ‘Setitis Air’. Bunyi cam best jer tetapi aktiviti ini sangat mencabar dan menguji kesabaran kami. Tetapi aktiviti-aktiviti yang mencabar inilah yang berjaya mengikat kami untuk bergerak bersama dalam satu panji. Tiap kali nak buat sesuatu mesti kene mintak permission daripada penghulu kami iaitu Izmi tetapi perkara ini perlu agar perjalanan sesuatu organisasi berjalan dengan lancar dan tidak wujud perselisihan pendapat. Banyak perkara yang kami pelajari daripada program yang dikendalikan ini dan kami disedarkan bahawa nasib kami terletak pada diri kami sendiri dan diri kami yang perlu mengubahnya untuk mencapai kejayaan.
Seksa berhandsaw, tp seronok
Keesokan harinya kami menjalankan aktiviti-aktiviti outdoor yang menyeronokkan iaitu ‘Flying Fox’ dan ‘Laluan Berhalangan’. Setiap aktiviti yang dijalankan ini benar-benar mencabar dan merupakan satu pengalaman manis bagi kami. Ada antara kami yang terjerit sepanjang perjalanan ‘Flying Fox’ tersebut dan ada ahli yang terpaksa bermandi lumpur ketika menjalani laluan berhalangan. Masa yang singkat tersebut kami isi sepenuhnya dengan penuh girang. Bukan senang woo nak tengok si Paan naik tebing yang tingginya lebih kurang 4 meter. Bukan senang nak tengok Hafiz cramp tengah-tengah main tayar. Bukan senang jugak tengok Hafiz jatuh dihujani peluh sendiri akibat semangat ‘Hand Saw’ yang berkobar-kobar. Kita pon baru tau yang Lan suka mengosok baju dan Adika yang terror men badminton. Si Ali pula pandai men gitar dan Si Iqbal yang suka melukis. Semua ini hanya boleh dijumpai ketika Hicom Binding 2009 sahaja. Segala apa yang telah ditempuhi bersama diharap akan diaplikasikan oleh kami dalam mengendalikan persatuan yang dicintai ini. Terima kasih kepada Abang-abang Fasi yang banyak membantu.
