Tarikh: 26 Julai 2009
Hari: Ahad
Tempat: Badminton Court Belakang HB2
Program susulan daripada Majlis Ijazah adalah program Ice Breaking yang mana kami ingin merapatkan hubungan dan memastikan semua ahli terutama sekali ahli asas untuk berkenalan sesame sendiri serta mengenali para-para Hicom pada tahun ini. Seramai 4 orang ahli asas yang tidak dpt hadir pada program kali ini atas alasan belum lagi sampai di MMU Cyberjaya. Kehadiran semua yang datang amat dihargai kerana kerjasama dan kenangan manis yang tercipta pada hari tersebut.
Duk bersila lu
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Hicom Silat Cekak bagi menjadikan semua ahli tidak segan untuk bersuara di khalayak ramai. Ternyata semua member-member asas amatlah sporting dan begitu mudah untuk didekati. Gelak ketawa masing-masing menggamitkan keadaan dan disiplin mereka amat baik ketika program dijalankan. Makanan juga disediakan dan bagi member yang masih diperingkat asas, makanan diberi secara free kepada mereka. Tahniah diucapkan kepada Director program, Ali dan rakan-rakan yang turut sama berganding bahu bagi memastikan program ini berjalan mengikut objektif yang telah ditetapkan.
Semoga program-program yang dirangka pada masa hadapan akan dapat dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli tidak kira yang masih asas mahupun yang telah alumni. Tetapi jangan kita lupa bahawa produk yang dibawa oleh persatuan ini adalah silat dan jangan kita sesekali melupakan tujuan asal penubuhan persatuan ini. Berusahalah bersungguh-sungguh dan bergantung hatilah kita kepada Allah. Dalam kita girang bergelak ketawa jangan kita lupa pada perjuangan. Mari kita bangkit kawan-kawan.





























Uihh... ni kenapa sampai 2 kali kuar nama saya... Hahaha.....
Urm... siapa ada copy original gambar2 tu erk??? nak minx bole ke x?? hihihi......
oowh..nak gamba ek..ade2..
nie link die: http://sharebee.com/c9b88a81
sape ade gamba demo korang kat dataran merdeka ritue??
ice breaking yg sempoi tp still enjoy..
ske game "berite 4 kple"..
klkr btol ouh..
haha..
:P
Hhuhu best best :)