Tarikh: 10.08.2009
Hari: Isnin
Tempat: Berhadapan XR
Seperti tahun-tahun sebelumnya, persatuan-persatuan seni mempertahankan diri akan dijemput untuk mengadakan persembahan bagi menjayakan program convofest yang berjalan dari 8 Ogos hingga 10 Ogos. Tujuan demo ini bagi menambahkan keahlian persatuan disamping memberi kesedaran bahawa silat cekak ini masih relevan di zaman sekarang. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa banyak kes-kes seperti cabul, ragut, rompak, gaduh yang berlaku sekarang. Jadi dengan adanya seni mempertahankan diri ini sedikit-sebanyak dapat mengelakkan perkara ini terjadi lebih buruk lagi. Kami mengadakan latihan setiap hari Rabu dan Jumaat pada pukul 9.15 malam. Tenaga pengajar yang rata-ratanya adalah alumni silat cekak sendiri memudahkan lagi perjalanan latihan dek hubungan rapat yang telah terjalin dengan para student sebelum ini.
Demo ini juga sebagai kayu pengukur sebelum kami melangkah ke Sarawak bagi menghadiri Karnival 10 Tahun Silat Cekak di Sarawak. Berbekalkan demo yang dijalankan ini, diharap kontigen MMU Cyberjaya berjaya membawa pulang pingat pada tahun ini lantas memperbaiki rekod pada tahun sebelumnya. Kebanyakan demo yang dijalankan adalah demo yang bakal dipersembahkan ketika wajadiri Sarawak nanti dan kesungguhan kami untuk mengharumkan nama university ini diharap dapat membuahkan hasil. Latihan insentif dijalankan sepanjang cuti mid-sem dan komitmen yang diberikan begitu memberangsangkan.



