Tarikh: 6, 7, 8 Julai 2009
Tempat: Indoor Stadium
Sasaran: Pelajar MMU
Pihak Persatuan telah membuka booth pada hari tesebut dan seramai 28 orang telah berjaya dikumpul sebagai ahli baru dalam keluarga Silat Cekak ini. Bagi kami memang sukar untuk mendapatkan ahli terutama sekali kepada mereka yang belum mendapat kesedaran mengenai betapa pentingnya mempelajari ilmu mempertahankan diri. Memang menjadi suatu kebiasaan apabila diajak untuk melakukan kebaikan memang sukar untuk kita laksanakan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan Hicom, ahli biasa serta Alumni kerana sama-sama membantu dalam memastikan Seni Kebudayaan kita ini tidak hanyut ditelan zaman. Sedikit bukan bermakna kalah tetapi kalau berjaya dikekalkan semua yang ada ini, InsyaAllah pada masa akan datang lebih maju lagi.
Demo dari Wushu
Ketika Club Registration, demo Silat Cekak diadakan. Mungkin agak sukar pada kali ini kerana kebanyakan rakan-rakan ahli yang telah tamat ramai yang telah grad dan ada yang sedang menjalani program praktikal. Namun kehadiran ahli-ahli yang masih di peringkat jatuh sedikit sebanyak membantu dan semangat yang ditunjukkan amatlah memberangsangkan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli yang terlibat dalam demo ini haruslah diberi pujian dan demo ini sebagai satu titik permulaan sebelum kita melangkah ke Wajadiri Sarawak pada 14 Ogos ini.
















demo ary tuh gempak btol..
org yg amek video un smp gigil lutot ouh..
huhu..
gentar2..
cayalah senior2 cekak!
:-bd