Let’s Chill @ Sungai Gabai

Tarikh: 03.05.2009

Hari: Ahad

Tempat: Sungai Gabai


Satu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan bagi mereka yang baru pertama kali merasai manisnya berjalan jauh bertangga-tangga semata-semata ingin merasai kesejukkan air terjun yang ada di atas bukit tersebut pada waktu pagi. Setelah penat bersungguh-sungguh berusaha dalam pelajaran, kini masanya untuk berhenti rehat seketika bagi merehatkan minda yang telah sarat dengan bahasa program dan mathematic atau lukisan-lukisan yang merigidkan. Pengembaraan satu hari ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ahli-ahli yang terlibat diketuai oleh saudari pengarah program, cma.


dh mcm cover album dh gua tgk


Perjalanan pada sebelah pagi yang dingin, membuatkan seluruh tubuh ini berasa berkobar-kobar untuk menyahut cabaran ini. Sesampainya di sana, semua bersiap-siap dengan kelengkapan masing-masing untuk dibawa bersama naik ke atas. Walaupun masing-masing nampaknya bertubuh kecil tetapi sasa, Alhamdulillah perjalanan kami sempurna hingga ke tempat yang diinginkan. Sebelah pagi biasanya kurang kelibat-kelibat manusia mahupun tapir, jadi peluang yang berharga ini digunakan sebaik mungkin untuk mencari port-port yang baik punya di sana.

abg tue ngh bg briefing, korang sibuk2 amek gamba lak


Letih-letih nek tangga batu cave nie, ktrg still gumbire bergambar


Saat-saat keriangan dh nk sampai



Topek yang tercicir

Sesi menyediakan breakfast dimulakan dan rasanya setiap pinggan belum sempat penuh lagi, makanan telahpun dirembat oleh kelibat ahli yang penat berjalan naik tangga. Tetapi keadaan agak selamat kerana Khalid masih lagi belum sampai di port kami. Tidak dilupakan juga bbq yang sedang dibakar. Rata-rata ahli yang hadir, nampaknya sudah mahir dalam membuat bara api tetapi masih kurang ilmu untuk membakar ayam yang empuk lagi menyelerakan. Mungkin ini semua kegagalan Joka yang sentiasa meratah ayam hingga lupa ayam yang sedang dibakar.



Sibuk sediakan breakfast



wah..bukan men sronok lg korang mandi yer



bbq beb..



Tgk nie rase nk g sane balek jer..sronok nmpknyer muke joka




muke berharap jer amni



Khusyuknyer makan bang


Selesai sahaja semua ahli melantak ayam-ayam yang telah dibakar, kini tiba pula aktiviti merbahaya seterusnya iaitu terjun sambil mengelongsor pada batu-batu di Sungai Gabai. Reaksi semua yang terlibat bagaikan sudah lupa bahawa final exam is just around the corner. Tetapi bagi kami, setiap apa yang telah dirancang perlulah diselesaikan dengan sebaiknya dan kegembiraan itu tidak datang pada ramainya peserta tetapi datangnya dari diri sendiri. Program yang nampak seperti santai-santai ini sedikit sebanyak mengajar erti persahabatan kepada kami dan mengajar kami bahawa betapa indahnya alam ciptaan-Nya. Jadi jangan dinilai sesuatu itu hanya pada luarannya tetapi cubalah mencari hikmah disebalik kejadian.



Selesai mandi-manda+terjun+berbbq


Haaa Lan..Usha sape tue??


Di satu perhentian



Ke satu perhentian


Selesai sahaja kami bersiap-siap untuk pulang, kami bersama-sama berhimpit untuk naik ke dalam van yang akan membawa kami keluar dari kawasan yang sempit tersebut. Ketika pulang, teringat kami pengalaman yang mungkin bagi seseorang itu merupakan pengalaman pertamanya untuk terjun dicelah-celah batu yang sempit, mengepau rokok bebudak yang baru berusia 9 tahun (tujuan nak panas badan), pengalaman menaiki van yang nampak lebih kurang pendatang asing dan sebagainya. Setiap orang menafsirkan keadaan mengikut cara mereka sendiri, namun yang penting tafsirlah dengan sebaik mungkin dan cubalah memperbaiki diri dari hari ke hari tanpa kenal erti putus asa.


Berhimpit lar korang dalam van nie


orang belakang tue, tlg jgn bergaduh dlm van



Sronok abg2 n akak2 nie nek lori


Depan van pok cik


jamuan penutup

0 Responses
  • DeMi MaSa

    PeSAn GuRu

    "Sains dan Teknologi boleh belajar di mana-mana, KEBUDAYAAN tetap hak milik kita.."


    "Hendaklah kita Sidiq bercakap, Sidiq perbuatan & Sidiq Iktikad.."


    "Buatlah ibadat sebenar ibadat, jangan jadikan sebagai adat.."


    "Ramai manusia beribadat kerana sesuatu(syurga), sedikit sangat kerana Allah.."


    "Ikhlas adalah rahsia segala rahsia.."


    "Ramai orang mudah meminta maaf, tidak ramai orang boleh memberi maaf.."

    "Kita boleh sedih dan kecewa tetapi jangan PUTUS ASA kerana orang MUKMIN tidak boleh putus asa.."


    "Sebaik-baik manusia adalah orang yang boleh memberi manafaat kepada orang lain.."

    AkAn DaTaNg

    ICE BREAKING 2011
    Tarikh : 7/7/2011
    Tempat : HB 2 BADMINTON COURT


    TAHUN 2015

    SASARAN Demo 50000 pesilat selaras dengan kehendak YM Tuan Sheikh Md Radzi bin Hj. Hanafi Al-Qadhi.Insya Allah


    ComMiTteE

    Yang Di-Pertua
    Ahmad Farhan Amran
    (vizard7088@yahoo.com)

    Naib Yang Di-Pertua 1
    Muhammad Siddiq Harisfadzilah
    (siddiq_haris@yahoo.com)

    Naib Yang Di-Pertua 2
    Siti Fathanah Kamel Muhizam
    (furiouscar1905@yahoo.com)

    Setiausaha Kehormat
    Nur Ain Khairul Izam
    (Norain.khairulizam@yahoo.com)

    Setiausaha Kerja
    ...

    Bendahari
    Husna

    Biro Perhubungan dan Seranta
    Aris Suffian Mohamad Nerus
    (aris.suffian@yahoo.com)

    Biro Demo dan Latihan
    Hanif

    Biro Sumber Manusia
    Nursyahirah Abdul Jalil
    (syahirah_abduljalil@yahoo.com)

    Biro Teknologi Maklumat
    Ahmad Taufik Yahaya
    (topek36@yahoo.com)

    Biro Keagamaan dan Sosial

    Megat Marwan Megat Muzafar
    (gunlock11@yahoo.com)

    Biro Srikandi
    Shira mat

    Biro Publisiti dan Pemasaran
    ...

    Biro Pameran dan Dokumentasi
    ...

    Biro Sukan
    ...

    Biro Audio Visual
    ...

    Biro Pendidikan
    ...

    Biro Kewangan dan Ekonomi
    ...


    BiLeR??

    MaRi MenCaBaR DiRi SeNDiri