Tarikh:21/6/2011
Tempat:Surau Hidayah
Alhamdulillah akhirnya segala yang telah diusahakan sudah sampai ke kemuncaknya. Majlis Ijazah adalah kemuncak kepada semua usaha-usaha mempromosikan Silat Cekak Hanafi. Majlis Ijazah dapat diertikan sebagai majlis suai kenal pesilat baru untuk mengenali lebih dekat dengan Guru Utama Silat Cekak ini. Mana-mana ahli yang telah berdaftar tetapi tidak dapat hadir ke Majlis Ijazah diminta untuk menunggu Majlis Ijazah yang akan datang untuk mereka mempelajari Silat Cekak ini. Memang tidak dapat dinafikan setiap sesuatu yang dijalankan pasti ada rintangannya yang tersendiri dan masalah-masalah inilah yang mendewasakan kami untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada.
IJAZAH MEMBER ASAS

cam gugup je abg kita nih..

paan dan zul apa buat tu..

gegar la plak.

kak z...setelah sekian lama ..akhirnya....

adik kak fie ni...berjaya jgak diijazahkan

serius je ita...

zima pun serius je...
IJAZAH TAMAT

Khai,,,fuh lega rasanya dpt tamat.

terpancar kesyahduan di wajah hanip..

husna fokus...

alhamdulillah...

sinaran baju melayu oren yang menyerlah
Majlis berjalan dengan lancar dan alhamdulillah berkat usaha dan doa dari sahabat-sahabat kami berjaya melaksanakan majlis ini dengan jayanya. Kehadiran dari sahabat-sahabat yang begitu ramai menambahkan lagi seri pada majlis malam tersebut.

srikandi2 ceria yg bnyk berjasa

2 sahabat karib dlm member cekak..
gaya kembar siam.
Majlis bermula selepas solat Isyak, kami bergotong-royong menyiapkan segala peralatan yang diperlukan untuk Majlis Ijazah. Makanan peserta & VIP telah ditempah di Food Court HB2 iaitu Kedai Makcik Kelantan. Ketibaan YM Tuan Guru Md Radzi telah disambut dengan meriah oleh para pelajar dan Alumni MMU.

jemput2 makan,,,sedap2 ni
Apa yang membanggakan,seramai 26 orang member asas berjaya diijazahkan dan ini merupakan bilangan yang agak ramai berbeza sebelum ini.Ini juga selaras dengan hasrat YM Sheikh Haji Md Radzi dengan sasaran 50000 PESILAT CEKAK USTAZ HANAFI pada 2015.Insya Allah.
Selain itu,seramai 5 orang yang berjaya Tamat dan diucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya tamat,

izmi selaku alumni mmu memberi penerangan
kpd member asas yg baru ijazah
. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada ahli-ahli yang berjaya diijazahkan. Kepada semua ahli yang menghadiri Majlis Ijazah ini diucapkan ribuan terima kasih kerana berkerjasama melancarkan Majlis Ijazah dan semoga anda semua dapat meneruskan perjuangan silat yang murni ini.

komiti2 yang banyak membantu

topek,wan,lan....letih..tapi letih bukan
penghalang segalanya..
Salam semua, pihak persatuan telah turut serta dalam program Desa IT Kedah. Pengarah programnya sendiri adalah member kita; Hafiz Ismail. Program ini diadakan di Baling, Kedah pada 19 hingga 24 Febuari 2011. Pihak persatuan juga telah menghantar 4 org wakil untuk membuat demonstrasi untuk majlis pembukaan dan Malam Senggang Beradat. Semua peserta program yang terlibat diberikan keluarga angkat dan bertanggungjawab untuk mengajar penduduk dan pelajar sekolah dikawasan yang terlibat. Program ini rata-rata telah memberikan seribu kenangan dan sejuta pengetahuan selama tempoh 5 hari itu.
Briefing dan pembahagian kumpulan sebelum bertolak
Tiba di kampung KEDA
Sampai-sampai sahaja kami dijamu dulu dengan sarapan pagi.
Pembahagian keluarga angkat
Skuad demo dengan org lama, beliau pernah belajar Silat Minang.
Pengarah program mengiring V.I.P untuk majlis perasmian
Sesi motivasi disekolah yang terlibat.
Saya suka main bola. Hari-hari saya main bola.
Kelas mengaji...
Bersama cikgu sekolah dan peserta yang terlibat
Cikgu Fath dan Cikgu Lan bersama dengan anak murid mereka.
Aktiviti sukaneka dipadang Malau.
bawa bola guna gelong
Tarik tali bersama penduduk setempat.
Sesi persiapan kenduri
Majlis di dewan KEDA.
Skuad demo bersama keluarga angkat yang begitu ramah sekali.
Getah mahal wooo.
Adik-adik angkat Fairuz.
Keluarga angkat Lan dan Jivan.
Sesi perpisahan dengan keluarga angkat.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Gambar kredit kepada Najib, Aris, dan Fath kerana sudi menyumbang,









































